Calon SPM SMK Bandar Baru Maut
Inalillahi wainailaihi rojiun
27 September 2012
TAPAH - Perjalanan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Sekolah Menengah Kebangsaan Banar Ba, di sini, berakhir tragedi apabila terlibat dalam satu kemalangan maut di Kilometer 3.5 Jalan Tapah-Changkat Petai, Tapah Road, pagi semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 pagi itu melibatkan sebuah motosikal yang ditunggang mangsa dalam perjalanan ke sekolahnya.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superitenden Som Sak a/l Din Keliaw berkata, mangsa, Ariffin Ramli, 17, berasal daripada Kampung Batu 5, Tapah Road, menunggang motosikal jenis Yamaha.
Katanya, motosikal yang ditunggang mangsa dari arah Tapah Road ke Tapah secara tiba-tiba hilang kawalan setiba tempat kejadian.
Menurutnya, mangsa ketika itu menunggang di selekoh lokasi kejadian dengan keadaan jalan basah kerana hujan dan mengakibatkannya terbabas.
Beliau berkata, motosikal yang ditunggang terlanggar besi penghadang di tepi jalan dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
“Mangsa dibawa ke Hospital Tapah bagi tindakan lanjut.
"Hasil bedah siasat mendapati pelajar itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
“Jenazah mangsa telah dituntut oleh keluarganya untuk urusan pengebumian.
“Pihak kami menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian dan siasatan masih dijalankan di bawah Sekyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Kuning, Datuk Samsudin Abu Hassan turut melawat keluarga mangsa di Hospital Tapah, di sini, semalam.
Al-Fatihah

No comments:
Post a Comment