FAKTOR KEMEROSOTAN AKHLAK REMAJA
Menurut Al-Ghazali akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dan sebati dalam
jiwa seseorang yang menghasilkan segala perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan
pertimbangan pemikiran. Walau manusia boleh dipisahkan daripada
bidang ilmu atau pemikiran, bahkan juga boleh dipisahkan daripada agama dan
kepercayaan, akan tetapi tidak boleh dipisahkan dengan akhlak atau moral. Hal
ini kerana setiap perbuatan, amalan atau tindakan yang diambil tidak terlepas daripada
lingkungan hukuman sama ada terhadap dirinya atau orang lain. Terdapat pelbagai faktor yang boleh diutarkan yang
mempengaruhi kemerosotan akhlak seseorang manusia itu. (Rujukan Al- Ghazali)
Faktor utama yang menyebabkan penyelewengan akhlak
manusia adalah disebabkan pengaruh budaya persekitaran. Remaja yang berumur 18
tahun ke bawah, pada usia ini mereka mempunyai perasaan ingin mencuba yang
sangat tinggi. Hal ini berlaku apabila mereka mudah menerima ajakan rakan untuk
melakukan perbuatan negatif. Remaja ini masih belum lagi dapat membezakan
pekara baik dan buruk bagi mereka hanya keseronokan yang mereka fikirkan tanpa
memikirkan impak yang bakal mereka hadapi kelak. Ada juga sesegelintir remaja yang sudah hilang jati diri
sebenar hanya semata-mata terlalu taksub dengan penngaruh budaya kuning. Sebagai contoh, pelajar tingkatan satu yang masih hijau lagi mudah terpengaruh
dengan ajakan kawan-kawanya yang mengajak mereka untuk menghisap rokok.
Disamping itu, faktor kurangnya didikan agama juga
menyebabkan berlakunya penyelewengan akhlak seseorang manusia. Hal ini
disebabkan ibu bapa yang terlalu mengejar kemewahan dan kedudukan sehinggakan
mereka lupa akan perihal anak-anak mereka di rumah. Anak-anak tidak akan
mendapat didikan agama yang secukupnya daripada ibu bapa mereka. Pekara ini
booleh menyebabkan mereka tidak dapat membezakan pekara baik dan buruk terhadap
perbuatan yang mereka lakukan. Oleh itu, mereka melakukan sesuatu pekara yang
negatif tanpa berfikir panjang dan kesan kepada diri mereka nanti. Sebagai contoh, mereka melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti terlibat dalam aktiviti penagihan
dadah dan minuman alkohol serta terlibat dalam aktiviti jenayah.
Faktor pihak sekolah yang kurang memberi perhatian kepada
pelajar semasa sesi pengajaran juga merupakan salah satu faktor kenapa
berlakunya penyelewengan akhlak manusia atau remaja. Sesetengah guru
hanya akan memberikan perhatian kepada pelajar cemerlang dan tidak akan
mempedulikan pelajar yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran. Guru akan
menanggap mereka sebagai pelajar yang lemah dan tidak akan maju dalam pelajaran
dan cuma buang masa sahaja mengajar mereka. Pekara sebegini yang menyebabakan
seseorang pelajar itu mudah terpesong ke arah kejahatan. Seorang guru harus
menghantar pelajar yang lemah itu berjumpa dengan guru kaunseling dan menerima
khidmat nasihat bukanya mengabaikan pelajar lemah itu. Hal ini menyebabkan, pelajar itu berasa seolah-olah
dirinya tidak lagi berguna dan pelajar itu akan mula untuk ponteng sekolah dan
ponteng kelas.
Faktor keempat yang mempengaruhi penyelewengan akhlak
seseorang itu ialah disebabkan pengaruh budaya barat. Pengaruh budaya barat
adalah segala budaya yang datang dari barat yang merosakkan seseorang individu
itu. Ianya bertentangan dengan
nilai-nilai dan norma budaya yang berasaskan kepada agama masyarakat setempat.
Penngaruh ini bukan sahaja merosakkan jati diri seseorang itu, malahan boleh
menyebabkan akidahnya menjadi goyah. Sebagai contoh, pengaruh dengan seks
bebas, homoseksual, black metal dan sebagainya.
Akhir
sekali pengaruh internet
atau media massa juga merosakkan menyebabkan
akidah seorang remaja semakin berlarutan. Kemasukan berbagi budaya asing dalam bentuk media cetak
elektronik memenuhi pasaran tanpa penguatkuasaan undang-undang yang tegas. Media massa telah menyebabkan para remaja mudah
terdedah dengan pengaruh budaya kuning termasuklah mengenakan pakaian yang
tidak sewajarnya. Akibatnya remaja
kita dari berbagai peringkat umur terdedah dengan unsur negatif yang akhirnya
membawa kepada perlakuan negatif yang bertentagan dengan agama masing-masing. Remaja pada masa kini semakin lupa akan jati diri mereka
yang penuh dengan sifat sopan santun dan tatatertib. Sebagai contoh, remaja
kini semakin tidak menghormati orang yang lebih tua daripada mereka, malah
mereka tidak berasa segan silu untuk melakukan sesuatu agenda yang memalukan di
khayalak ramai.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya penyelewengan akhlak seseorang manusia itu dari sudut budaya, agama, pendidikan, pengaruh barat dan internet. Bagi memastikan remaja pada masa kini terus mengamalkan amalan-amalan yang baik dan terus memiliki akhlak yang baik mereka harus melibatkan diri mereka dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan.
No comments:
Post a Comment